Hutang adalah satu bentuk instrumen yang tidak dapat diketepikan apabila kita bercakap tentang pengurusan ekonomi baik di peringkat mikroekonomi dan makroekonomi.instrumen hutang telah menjadi paksi kepada pengurusan ekonomi desawarsa kini.
Namun begitu,amalan berhutang yang keterlaluan dan tidak berlandaskan kepada syariat islam akan membawa bencana kepada sistem ekonomi itu sendiri.Pengurusan ekonomi negara yang mengadaptasi teori Keynes adalah satu perkara yang sangat dikesali.Teori Keynes yang menggalakkan supaya kerajaan berhutang demi mencapai guna daya penuh ekonomi telah pun dieksploitasi secara tidak terkawal oleh politikus-politikus.Hasilnya hutang negara menjadi tidak terkawal dan memberi natijah yang cukup buruk kepada kehidupan seharian rakyat.
Pada asalnya teori Keynes diadaptasi ketika ekonomi negara berada di dalam kemelesetan,kerajaan berhutang bagi menampung dan juga menyuntik kegiatan ekonomi supaya kembali bertumbuh.Rekod menunjukkan sejak belanjawan negara mencatatkan belanjawan defisit secara berterusan kecuali dalam tahun 1993-1997 di bawah Dato seri Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan.Belanjawan defisit telah menyebabkan kadar hutang semakin meningkat sehingga mencecah hampir separuh kdnk negara.Ini satu perkara yang menyedihkan kerana kerajaan telah bertindak untuk membentangkan belanjawan defisit walaupun pada waktu tidak berlaku kemelesetan ekonomi.Ini akan mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang dan inflasi yang membebankan rakyat.
Instrumen hutang mesti diurus mengikut syariat islam.Dalam islam konsep hutang adalah ketika perlu sahaja dan apabila berhutang hendaklah bersedia dan mampu untuk membayarnya kembali.Tatakelola pengurusan hutang telah diperincikan di dalam Al-Quran dalam surah Al-baqarah ayat 282 di mana Allah telah mengariskan syarat-syarat dan pengurusan hutang secara terperinci.Ini membuktikan bahawa instrumen hutang adalah suatu perkara yang mesti diambil serius dalam pengurusan ekonomi negara.
Dalam menuju ekonomi rahmah,hutang tidak boleh dipandang sebagai instrumen untuk menjana keuntungan,hutang sepatutnya dilihat sebagai satu displin dan amanah bagi menjaga sistem ekonomi itu sendiri.Duit yang dipinjam oleh kerajaan untuk menyuntik ekonomi seharusnya digunakan secara amanah bertepatan dengan sebab musabab kepada hutang itu sendiri.Dan apabila sampai tempoh pembayaran maka hendaklah pembayaran itu dilunaskan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.
Dalam menjana ekonomi pula,eloklah kita mengambil ibrah daripada kisah mimpi raja mesir yang ditafsirkan oleh nabi Yusof a.s.Secara tersiratnya kisah ini mengajar kita untuk berhadapan situasi ketika ekonomi baik dan malap.Ketika ekonomi berkembang dengan baik,seharusnya pihak kerajaan mengukuhkan rizab negara dengan membuat pelaburan dan penyimpanan secara bijak serta amanah.Pada masa ekonomi sedang berkrisis,rizab yang telah disimpan sebelum ini digunakan untuk menyuntik kembali ekonomi negara.
Justeru itu dalam situasi sekarang,untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi negara yang menjunam,kita perlu kembali kepada pengurusan hutang yang telah disyariatkan oleh islam.Rakyat juga tidak harus digalakkan berhutang jika tidak ada apa-apa keperluan untuk berhutang.
Kesimpulannya dalam menuju ekonomi rahmah,konsep dan pengoperasian sistem ekonomi yang sejajar dengan syariat islam mesti diaplikasikan bagi memelihara maslahat negara dan rakyat.
AHMAD NADHIR YOB
PENGARAH BIRO HAL EHWAL EKONOMI
PEMUDA AMANAH TERENGGANU
Tuesday, 13 December 2016
Sunday, 4 December 2016
PEMELIHARAAN EKONOMI MEMBAWA KEPADA PEMELIHARAAN AGAMA
Di dalam perlaksanaan maqasid syariah,perkara yang menjadi tunjang kepadanya ialah memelihara agama,jiwa ,harta,akal dan keturunan.Kelima –lima perkara ini menjadi satu perkara yang penting dalam membumikan konsep islam sebagai rahmat sekalian alam.
Jika kita melihat dari konteks bagaimana untuk untuk memelihara agama sudah pasti secara tradisionalnya kita akan menjurus ke arah perlaksanaan undang-undang bagi memastikan bahawa integriti agama itu tidak terusik atau terancam.Tetapi adakah kita sedar bahawa untuk memelihara agama dan memastikan bahawa setiap penganutnya mengamalkan agama itu tidak cukup dengan hanya tertumpu kepada perlaksanaan undang-undang semata –mata.
Kita perlu melihat dari sudut yang lebih meluas apabila kita membicarakan tentang perkara ini.Ini kerana sering berlaku ketidakseimbangan dalam fikiran dan tindakan kita dalam meletakkan keutamaan dalam menyusun tindakan kita dalam memelihara dan mempertahankan agama khususnya dalam konteks Malaysia.
Melihat kepada tradisi perjalanan sesebuah sistem kenegaraan,kita tidak boleh menafikan bahawa kestabilan ekonomi sesebuah negara akan membawa kepada kestabilan sesebuah negara.Oleh itu dalam memastikan bahawa lunas-lunas agama dapat dipelihara maka aspek pemerkasaan ekonomi tidak boleh dipandang mudah oleh kepimpinan negara.
Kestabilan ekonomi negara secara makro dan mikro akan membawa kepada kestabilan sosial di peringkat akar umbi masyarakat.Oleh itu keutamaan yang lebih utama dalam konteks Malaysia dalam memelihara agama adalah dengan mengembalikan semula kestabilan ekonomi negara.
Tidak dinafikan bahawa implimentasi undang-undang adalah antara cara untuk mengurangkan kadar jenayah,tetapi tindakan ini tidak menghapuskan punca sebenar berlakunya jenayah tersebut.
Kepimpinan harus melihat kepada penyelesaian masalah secara lebih menyeluruh,tidak hanya tertumpu kepada sesetengah aspek sahaja.Apa yang lebih utama ialah bagaimana pengoperasian ekonomi itu dapat memberi rahmah kepada setiap penduduk dan juga semua kehidupan termasuk haiwan,tumbuh-tumbuhan dan juga alam sekitar.
Justeru itu sebarang pemakaian dan implimentasi teori ekonomi dalam tadbir urus kewangan negara mestilah mengambil kira maslahah setiap unit yang terlibat dengan pengoperasian teori tersebut.Teori ekonomi yang bersifat menyeluruh dan rahmah akan menatijahkan keadaan sosio ekonomi serta sosio budaya yang stabil.Hasilnya agama itu sendiri akan terpelihara dari sebarang ancaman yang boleh merosakkan.
Apabila keadaan ekonomi sesebuah masyarakat itu stabil,maka penumpuan kepada usaha-usaha dakwah dan pengislahan dapat berjalan dengan lebih rancak dan tersusun.Usaha-usaha dakwah yang dijalankan dapat memberi kefahaman yang lebih jitu terhadap agama di kalangan masyarakat.Kesatabilan ekonomi juga akan mengurangkan pemikiran yang melampau dalam pengamalan agama.Ini dibuktikan ketika zaman kegemilangan islam di mana kestabilan ekonomi menjadi faktor pembukaan lebih banyak negeri-negeri baru di bawah kerajaan islam.Budaya ilmu juga berkembang pesat kerana limpahan ekonomi membantu institusi akademik berkembang dengan pesat.
Kesimpulannya,dalam memastikan bahawa integriti agama itu sentiasa terpelihara,maka pengoperasian ekonomi yang rahmah serta bersifat lestari menjadi faktor utama yang menyumbang kepada pemeliharaan agama itu sendiri.
Ahmad Nadhir Yob
Pengarah biro hal ehwal ekonomi
Pemuda amanah Terengganu

Wednesday, 30 November 2016
INDUSTRI PERKAYUAN:KELESTARIAN EKONOMI DAN KELESTARIAN ALAM
Kedudukan Malaysia yang terletak berdekatan garisan khatulistiwa telah memberi banyak limpahan hasil masyul yang berharga.Iklim Khatulistiwa yang membentuk hutan hujan tropika telah memberikan banyak spesis kayu yang sangat berharga dari sudut ekonomi.
Sumber alam yang bernilai ini menjadi satu sumber ekonomi yang sangat bernilai kepada negara.Tetapi tanpa pengurusan yang betul industri ini boleh memberi kesan buruk bukan sahaja kepada alam sekitar bahkan manusia juga.
Industri perkayuan mempunyai dinamikanya yang tersendiri dalam menyumbang kepda pertumbuhan ekonomi negara.Ia merupakan satu sumber yang memerlukan satu pengurusan yang bertepatan dengan maqasid syariah kerana industri ini melibatkan kepentingan dan hak masyarakat.
Hutan menyediakan pelbagai sumber kepada masyarakat,bukan sahaja kayu bahkan sumber air dan juga habitat bagi haiwan,Hutan juga menjadi tempat tinggal dan sumber pendapatan bagi orang asal yang tinggal sejak ribuan tahun yang lalu.
Penebangan hutan secara tidak terkawal dan lestari akan menjejaskan sumber-sumber ini dan juga mengancam kehidupan orang asal.Ini adalah satu perkara yang bertentangan dengan objektif syariah itu sendiri.Pelbagai masalah yang lain juga akan timbul seperti banjir yang menyebabkan kehilangan nyawa dan juga harta benda.
Adalah satu perkara yang amat dikesalkan apabila sesebuah kerajaan hanya mementingkan sumber pendapatan sahaja tanpa mengambil kira faktor-faktor ini.Dalam perlaksanaan syariah jelas dinyatakan supaya pemeliharaan alam sekitar dan juga hak-hak manusia ke atas alam sekitar dipelihara
Dari sudut pengurusan ekonomi pula,Pengeluaran kayu mentah daripada hutan hanya menyokong sektor huluan bagi industri ini.Seperti yang diketahui sektor huluan sangat bergantung kepada sumber asli yang bersifat tidak kekal.Ia juga satu sumber yang tidak memberi kestabilan pendapatan kepada kerajaan sepanjang masa.
Faktor ini lah sepatutnya diambil kira oleh pihak kerajaan dalam menguruskan industri ini.Seharusnya pihak kerajaan juga memfokuskan kepada pemeliharaan sumber ini dan juga mengantikannya semula bagi menjamin kelestarian sumber dan juga pemeliharaan alam yang menjadi fokus maqasid syariah.kegagalan kerajaan dalam mengambil kira perkara ini akan menyebabkan pelbagai masalah timbul.
Industri perkayuan seharusnya mengalami proses transformasi setelah berpuluh puluh tahun bertapak di negara kita.Sektor hiliran seperti pembuatan perabot dan produk-produk perkayuan seharusnya lebih diperkasakan bagi menyokong industri ini agar dapat memberi pulangan yang lebih lumayan kepada kerajaan.
Sumber mentah seharusnya dipelbagaikan tidak hanya bergantung kepada sumber di dalam negara sahaja.Sikap kerajaan yang lebih menumpukan kepada sektor huluan sahaja juga akan menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan dalam industri ini seterusnya akan menjejaskan prospek industri ini sendiri pada masa akan datang. Keseimbangan antara sektor huluan dan hiliran perlu dibuat bagi menjamin impak ekonomi yang positif pada rakyat
Pembangunan ekonomi itu seharusnya bersifat rahmah dan juga dapat betahan dengan segala bentuk cabaran yang mendatang.Industri perkayuan mestilah diuruskan supaya menjadi sebuah industri yang memberi rahmah kepada semua pihak yang terlibat.Sumber-sumber yang ada haruslah diperlihara dan juga dipastikan ia dapat bertahan dan juga lestari untuk genarasi akan datang.
AHMAD NADHIR BIN YOB

Sunday, 27 November 2016
Amanah adalah generasi kedua parti Islam di Malaysia
Oleh - Muammar Qaddafi
Saya maklum dengan satu tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor yang seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan generasi kedua parti islam, dan satu satunya hujah balas beliau adalah mengkritik dari sudut kelahiran Amanah sendiri yang dakwanya Amanah hanyalah parti yang muncul berbekalkan alasan tewas di muktamar Pas ke 61 tahun lalu.
Beliau membandingkan sejarah parti generasi kedua islam diluar seperti AK di Turki, PKS di Indonesia adalah jauh sekali dengan sejarah penubuhan Amanah, mungkin penulis tidak tahu, selain punyai persamaan dalam asas pemikiran kebanyakan parti yang beliau sentuh, kekalahan kelompok progresif dalam Muktamar "parti islam" di Turki juga pernah mengambil tempat.
Apabila parti Refah dibubarkan pada 1998, kalangan islamis telah menubuhkan Parti Kebajikan (Fezilet Partisi) namun pasca pembubaran Refah, telah timbul pergeseran dalam kalangam islamis terutama antara kelompok konservatif dan pembaharu (reformis).
Kelompok reformis yang dipimpin Erdogan mahukan pendemokrasian yang lebih meluas dalam parti manakala kelompok konservatif mahu mengekalkan model kepimpinan Erbakan. Cadangan Erdogan ditolak keras Erbakan.
Oleh kerana Erbakan dilarang berpolitik, kepimpinan parti diserahkan kepada Kutan, orang setia Erbakan. Walaupun kepimpinan Kutan mendakwa cuba meluaskan agenda demokrasi dalaman parti namun kelompok reformis mendakwa kepimpinan Kutan lebih menfokuskan untuk cuba membawa masuk kembali Erbakan dalam pentas politik Turki yang menurut kelompok reformis akan menjadi halangan proses reformasi dalaman parti yang diperlukan menjelang PRU yang bakal tiba.
Ketika inilah perseteruan dalaman Fezilet mula kelihatan jelas, dan apabila tiba PRU, Fezilet mengalami kegagalan apabila perolehan undinya jatuh kepada 16% berbanding 21% sebelumnya.
Pasca PRU, perpecahan semakin meruncing apabila Abdullah Gul yang merupakan sekutu Erdogan ketika itu berundur dari kepimpinan parti bersama lima tokoh reformis dan secara terbuka menentang kepimpinan Kutan. Erbakan membuat dakwaan bahawa kelompok ini bekerjasama dengan kumpulan sekular untuk menyingkirkan dirinya namun Erdogan berhujah bahawa yang melemahkan parti adalah kerana model lama kepimpinan Erbakan.
Cubaan mengambilalih kepimpinan parti dan menjatuhkan Kutan oleh kumpulan reformis mengambil tempat dalam muktamar parti namun kelompok reformis gagal dengan peroleh undi yang lebih kecil berbanding kelompok pro konservatif yang dipimpin Kutan, pemimpin pilihan Erbakan.
Pasca muktamar, pergeseran dalaman Fezilet masih tiada kesudahan, namun sebelum perpecahan semakin melebar, mahkamah perlembagaan dibawah kuasa tentera membubarkan Fezilet, dan tregedi ini telah menjadi rahmat kepada kelompok islam apabila pembubaran ini membebaskan kedua kelompok bertelagah dan masing masing bebas memilih jalan politik sendiri.
Maka selepas peristiwa inilah tertubuh dua parti baru dari dua aliran pemikiran parti lama iaitu Parti Saadet pimpinan Kutan (mengekalkan idealogi parti lama) manakala Abdullah Gul menubuhkan Parti Keadilan Dan Kesejahteraan (AKP).
AKP terdiri dari tokoh reformis parti lama, mereka adalah kelompok yang tidak menjunjung pemikiran generasi pertama (Gen 1) sebaliknya mereka adalah Gen 2 parti Islam. AKP masih mengekalkan model asas Refah namun AKP mengerakkan model kepimpinan karismatik, meluaskan demokrasi dalam parti, telus dalam mengambil keputusan dan membuka ruang terbuka bagi mendebatkan dasar dasar parti.
Nah, tidak wujudkah persamaan dalam penubuhan Amanah dan AkP, ya benar tidaklah 100% sama kerana Pas tidak pernah dibubarkan namun pertembungan dua pemikiran, reformis dan konservatif itu berlaku pada keduanya. Asas pemecahan itu adalah sama!
Dan lebih menarik, Parti Saadet pimpinan Kutan, dalam berdepan AkP mereka melakukan serangan tidak bermoral seperti mengelarkan Erdogan dan Abdullah Gul sebagai pengkhianat gerakan islam, pernah dengar yang seumpama ini di Malaysia? tepuk dada!
AkP juga dituduh meninggalkan perjuangan islam demi cita cita kekuasaan, ini juga skrip sama diciplak musuh Amanah di Malaysia.
Pada 3 November 2003, berlangsungnya PRu Turki, perolehan undi parti Saadet hanya berjaya meraih sekitar 2.5% undi yang bermaksud menamatkan karier politik mereka di parlimen sebaliknya AkP berjaya meraih 34% dari undi dan percaya atau tidak, kawasan "tegar" Rafah, iaitu parti yang lama sebelum ini telah memberikan undi yang sangat besar kepada AkP.
Ini kalau mahu dibuat perbandingan "sejarah" , namun ada hujah yang lebih benar tentang kewujudan Amanah sebagai parti Islam generasi kedua.
Mungkin sebagai AJK Kesenian dan Kebudayaan Pas Pusat, sememangnya imiginasi dan daya kreatif beliau dalam membentuk "public Opinion" masyarakat bahawa Amanah merupakan parti yang tertubuh kerana kalah di muktamar boleh dipuji.
Walau bagaimanapun adalah tidak wajar untuk masyarakat mendengar dakwaan tersebut tanpa "tabbayyun" dengan pihak Amanah terlebih dahulu, apakah benar Amanah ditubuh kerana faktor kecewa dengan keputusan muktamar lepas?
Amanah lahir dalam suasana pertembungan dua dimensi besar iaitu melibatkan krisis dalaman parti dan kedua wujud juga Amanah adalah kerana negara kita berterusan dilanda krisis yang serius. Amanah lahir setelah Pas gagal mewujudkan solusi untuk dua permasalahan ini.
Setelah lebih 50 tahun wujud, Pas sentiasa gagal mendominasi politik negara, lihat pada Pru pada tahun 2004 Pas hanya peroleh sejumlah 0 kerusi di DUN Selangor dan itulah tapak tegar Pas, kekalahan ini berlaku tidak lama selepas Pas melancarkan Dokumen Negara Islamnya, namun pada 2008, agenda Negara Islam diganti dengan Negara Berkebajikan dan Pas melancarkan slogan keramat "Pas For All" telah berjaya membunuh prejudis rakyat Malaysia yang bukan beragama islam terhadap Pas, disini Pas mula membina kekuatan dan mampu menjadi kuasa yang bakal meruntuhkan Umno Bn di peringkat pusat.
Namun begitu pasca PRU 13, pengaruh idea "Negara Islam" kembali bertapak dan telah mewujudkan kembali pertelingkahan besar antara kelompok konservatif dan Reformis di dalam Pas. Maka usaha untuk saling mendominasi berlaku namun malangnya, ada pihak menggunakan sentimen dan kempen buruk untuk menjatuhkan pihak lawan mereka, diberi perbagai gelaran seperti munafik haraki, liberal dan kafir sehinggalah mengeluarkan 1001 fitnah yang akhirnya menyebabkan kelompok reformis tersingkir dari kepimpinan utama Pas pada muktamar lepas.
Disinilah bermulanya langkah kedua kumpulan reformis, atau turut dijoloki sebagai "Pro- Erdogan" oleh kumpulan konservatif iaitu menubuhkan sebuah parti baru yang bakal membawa idea perjuangan mereka sendiri. Kekalahan pada muktamar itu hanyalah alat percepatkan penubuhan Amanah, kerana sebelum itupun, perpecahan dalaman Pas telah parah dan kritikal.
Untuk menyambung perjuangan islam yang lebih besar, kelompok reformis di dalam Pas terpaksa melakukan anjakan sebagai penganti kepada Pas yang telah kembali ke kotak pemikiran lama.
Pas meletakkan islam sebagai agama yang menghukum sehinggakan tindakan tindakan tidak bermoral seperti takfiri, mengkafir harbi kembali dalam pentas politik Malaysia, hal ini sekaligus menjauhkan masyarakat kepada Pas bahkan ramai ahli Pas telah lari dari parti, dan mereka inilah yang menjadi aktivis parti Amanah hari ini.
Amanah berpandangan, kewujudan perbagai pandangan, keperbagaian kaum dan agama adalah untuk kita saling kenal dan saling hargai, bukan sebaliknya untuk berbalah dan saling memusuhi. Amanah yakin bahawa yang paling hampir dengan Allah adalah mereka yang berkeupayaan untuk mengurus keperbagaian.
Kita berharap yang mendakwa Amanah ditubuh oleh mereka yang tewas di muktamar juga tidak lupa bahawa sebelum muktamar, tuduhan melulu tanpa usul periksa seperti "baruah" telah dihamburkan oleh pucuk pimpinan kepada pimpinan yang dilihat tidak sehaluan dengan presiden parti.
Para reformis juga menerima musibah diserang dan harta dimusnah dan lebih malang apabila pihak pimpinan bagai tidak mempeduli, bahkan dilihat meredhai tindakan tersebut, saya tertanya tanya dimana suara Ustaz Riduan ketika ini untuk menegur sikap penyokong yang begitu agresif ini, budaya kekasaran ini terus dibawa penyokong Pas sehingga hari ini.
Amanah adalah jalan keluar atau rumah baru kepada golongan reformis sudah tiada masa depan dan menghadapi jalan buntu dalam parti yang sudah tiada lagi belas kasihan terhadap mereka.
Maka, jika ada yang bertanyakan adakah Amanah merupakan generasi kedua parti islam di Malaysia, maka jawabnya adalah, Ya, Amanah merupakan generasi kedua parti islam di Malaysia, Amanah membawa nilai tambah baru dalam arena politik negara, membawa tafsiran baharu kepada makna "perjuangan islam" yang tidak terhad hanya kepada untuk meminda akta mahkamah syariah dan slogan slogan retorik bersendikan agama, namun gagal dalam memperjuangkan maqasid syariah kepada rakyat dan negara, Amanah juga merupakan alternatif kepada Pas, generasi pertama parti Islam, dan saingan baru kepada UMNO Barisan Nasional.
(Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Negeri Terengganu)

Wacana : Ruu355 dari perspektif Maqasid Syariah

Pemuda Amanah Terengganu telah menganjurkan program pendidikan umum Wacana Ruu355 dari Perspektif Maqasid Syariah yang dibentangkan oleh Ustaz Wan Ji Wan Hussien semalam.
Program berdurasi 2 jam 10 minit itu diisi dengan maklumat maklumat serta perkongsian berkaitan Maqasid Syariah, Ruu355 dan isu semasa melibatkan kedua perkara diatas. Soal jawab antara peserta dan Ustaz Wan Ji turut dibuka di akhir slot.
Wacana seumpama ini merupakan inisatif Pemuda Amanah Negeri, untuk mendidik ahlinya juga untuk mendidik masyarakat sekitar tentang isu isu yang menjadi bualan nasional.
Kehadiran peserta seramai lebih 60 orang telah memenuhi dewan kecil Pusat Pembangunan Insan Pasir Panjang
ANALISA BELANJAWAN NEGERI TERENGGANU 2017,PEMERKASAAN EKONOMI MELALUI MAQASID SYARIAH
Kerajaan negeri Terengganu baru sahaja meluluskan belanjawan kerajaan negeri bagi tahun 2017 pada hari khamis 24.11.2016 baru-baru ini.Kerajaan negeri,melalui belanjawan ini telah meneruskan program transformasi ekonomi Terengganu (TETP) yakni sebuah perancangan jangka sederhana selama 5 tahun untuk merangsang dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu.
Pertumbuhan yang disasarkan melalui program ini adalah sebanyak 8% pada tahun 2020 berbanding 4.4% pada masa sekarang
Belanjawan pada kali ini telah mensasarkan anggaran hasil yang akan diperolehi oleh kerajaan negeri sebanyak RM 1.697 bilion berbanding anggaran hasil pada tahun 2016 sebanyak RM 2.02 bilion.Kerajaan negeri menjangkakan hasil cukai sebanyak RM 58.73 juta,hasil Bukan Cukai sebanyak RM 202.4 juta dan terimaan Bukan Hasil sebanyak RM1.436 bilion. Daripada jumlah tersebut, 77.36% adalah daripada pemberian Dana Khas Kerajaan Persekutuan(DKKP), sementara baki 22.64% adalah daripada hasil negeri sendiri.
Manakala anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM 1.867 bilion.Ini menunjukkan defisit sebanyak 0.17 bilion.seperti tahun-tahun sebelumnya kerajaan negeri masih membentangkan belanjawan defisit.
Saya tidak mahu menyentuh perkara yang lebih mikro di dalam belanjawan pada kali ini,cukuplah dengan memetik berberapa angka penting yang menjadi petunjuk utama belanjawan ini.
Belanjawan yang dirancang seharusnya menepati maqasid syariah dari sudut pemeliharaan harta.
Harta rakyat seharusnya tidak dimonopoli oleh sesetengah golongan sahaja,bahkan harta orang islam mesti dikembangkan dan diagih-agihkan secara adil kepada setiap anggota masyarakat sama ada islam atau bukan islam.
Oleh itu peri pentingnya amalan berhutang tidak dijadikan tradisi dalam penyediaan sesuatu belanjawan.Sifat amanah dalam menguruskan sesebuah belanjawan itu juga harus ada bagi memastikan keadilan ekonomi dan sosial masyarakat dapat ditegakkan dengan memastikan segala peruntukan sampai kepada golongan sasar.Di samping itu sumber ekonomi haruslah sentiasa lestari dan mampu bertahan menghadapi cabaran di masa akan datang.
Seperti yang diketahui,harga minyak dunia masih lagi di paras rendah,harga semasa minyak adalah berada di sekitar 40 hinggan 50 dolar bagi satu tong. Kebergantungan hasil belanjawan pada royalti minyak melalui pemberian dana khas kerajaan persekutuan(DKKP)mencecah hampir 77.36%.Ini cukup merisaukan kerana angka ini mungkin tidak dapat dicapai dengan keadaan harga semasa minyak dunia.
Kerajaan negeri masih lagi belum berjaya mencari alternatif yang lebih berdaya saing untuk menggantikan hasil royalti yang menjadi sumber utama hasil kerajaan negeri.Ini adalah satu perkara yang amat dikesalkan kerana seharusnya kerajaan negeri serius dalam mewujudkan sumber ekonomi yang lestari dan mampu bertahan dengan cabaran semasa.
Belanjawan defisit yang dibentangkan seperti tahun-tahun yang lalu membuktikan kerajaan masih belum serius merubah kaedah penyediaan belanjawan.Sikap membiarkan belanjawan defisit terus dibentangkan dari tahun ke tahun akan memberi impak yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Kerajaan negari sepatutnya lebih serius memikirkan strategi supaya belanjawan negeri tidak terus-menerus berada dalam keadaan defisit.
Kerajaan negeri seharusnya lebih serius berusaha untuk merubah keadaan belanjawan negeri yang defisit kepada belanjawan yang berimbang dan juga ke arah belanjawan lebihan.Keadaan belanjawan yang defisit hanya akan menyuburkan lagi amalan berhutang yang memberi impak yang buruk kepada ekonomi negeri. Amalan berhutang yang berlebihan tidak bertepatan dengan maqasid syariah yang dianjurkan
Masalah ketirisan dan kebocoran masih lagi berlaku seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara amat merisaukan.Suasana ini menyebabkan ketidakadilan dalam pengagihan harta kekayaan negeri justeru akan menyebabkan permasalahan yang serius dalam masyarakat.Seharusnya kerajaan negari mengambil berat soal ini dan mengambil langkah yang lebih serius bagi memastikan permasalahan ini diselesaikan dan peruntukan dapat sampai kepada golongan sasar.
Akhir kata kerajaan negeri perlu mengambil kira faktor-faktor ini dalam penyediaan dan perlaksanaan belanjawan negeri bagi merealisasikan konsep rahmat bagi sekalian alam dan juga negeri yang baik dan penduduknya bersyukur kepada Allah.
AHMAD NADHIR YOB
Penulis merupakan Pengarah biro hal ehwal ekonomi Pemuda AMANAH Terengganu.

Wednesday, 23 November 2016
PENOLAKAN USUL ADUN BATU BURUK : PEMUDA AMANAH KESAL, ANGGAP SATU PENGKHIANATAN KEPADA RAKYAT TERENGGANU
Pemuda AMANAH Negeri Terengganu kesal dan kecewa dengan tindakan Speaker DUN Terengganu, Dato' Zubir Embong menolak usul yang dibentangkan oleh ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam persidangan DUN Terengganu pada 22 November lepas.
Usul yang dibentangkan Dr Syed Azman menyentuh berkenaan isu penamatan dan terbatalnya perjanjian royalti minyak & gas di antara Kerajaan Negeri Terengganu dengan PETRONAS & Kerajaan Pusat.
Seperti yang sedia maklum, negeri Terengganu telah menikmati royalti hasil dari sumber minyak dan gas sejak tahun 1978. Hasil daripada royalti ini telah mengubah wajah negeri Terengganu dari sebuah negeri yang mundur kepada sebuah negeri yang berdaya saing dan maju.
Tindakan Kerajaan Pusat membatalkan perjanjian pemberian royalti kepada negeri Terengganu seperti yang termaktub dalam Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1975 adalah satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat negeri Terengganu.
Tindakan speaker yang menolak usul ADUN Batu Burok merupakan satu bentuk sokongan secara tidak langsung kepada pengkhianatan ini. Sikap Kerajaan negeri melalui tindakan Speaker ini juga menunjukkan ketidakprihatinan mereka terhadap terhadap hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negeri Terengganu.
Pemuda AMANAH Negeri Terengganu bimbang ekonomi negeri Terengganu akan terjejas sekiranya hasil royalti sudah tidak diperoleh lagi kerana Pemberhentian pemberian hak royalti ini akan terus memalapkan suasana ekonomi di Negeri Terengganu yang sudah sedia malap sekaligus satu malapetaka yang besar menimpa rakyat negeri Terengganu.
Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Terengganu mendesak Kerajaan Negeri Terengganu mengadakan semula rundingan dengan Kerajaan Pusat & PETRONAS untuk menuntut kembali hak royalti minyak dan gas Terengganu.
Pemuda AMANAH juga menyeru setiap rakyat negeri Terengganu supaya bersama-sama memberikan sokongan terhadap segala usaha untuk menuntut hak royalti negeri Terengganu yang telah dirampas kerajaan pusat.
'Harapan Baru'
Ahmad Nadhir bin Yob
Pengarah Biro Hal Ehwal Ekonomi
Pemuda AMANAH Negeri Terengganu
Pengarah Biro Hal Ehwal Ekonomi
Pemuda AMANAH Negeri Terengganu
Friday, 18 November 2016
Kenyataan Media : UPSR : PEMUDA AMANAH TERENGGANU UCAP TAHNIAH, SYOR KAJIAN KEMEROSOTAN.
Pemuda AMANAH Terengganu mengucapkan jutaan tahniah kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang telah menerima keputusan mereka.
Sesungguhnya, kejayaan ini merupakan hasil kerja usaha gigih calon UPSR selama enam tahun dibangku persekolahan rendah.
Walaupun pencapaian UPSR diseluruh negara mencatatkan analisis yang agak 'mengejutkan', namun usaha meningkatkan prestasi akademik UPSR tetap perlu dibangunkan secara bersama - antara murid, ibubapa, guru dan pihak kementerian.
Kepada calon yang berjaya mencapai keputusan cemerlang, Pemuda AMANAH Terengganu berharap agar dimanfaatkan hasil keputusan ini untuk terus maju dan berjaya pada masa akan datang. Dan, kepada yang tidak berjaya, dinasihatkan agar tidak mudah patah semangat kerana masih mempunyai ruang dan peluang meraih kejayaan pada masa akan datang. Teruskan berusaha dan berdoa agar kita juga mampu berjaya. Tekadkan azam, perkuatkan harapan dan teguhkan impian.
Pemuda AMANAH Negeri Terengganu turut mencadangkan agar satu kajian dilakukan bagi mencari serta mengenalpasti punca kemerosotan ini, dan sekaligus mencari resolusi terbaik dalam menambahbaik sistem peperiksaan negara terutama diperingkat UPSR.
"HARAPAN BARU"
Mohd Firdaus bin Muhammad Nor
Pengarah Pembangunan & Kepimpinan
Pemuda AMANAH Negeri Terengganu
Kenyataan Media : BERSIH 5 : PEMUDA AMANAH TERENGGANU MENYANGKAL KENYATAAN BIRO MEDIA SOSIAL DAN PIDATO PEMUDA UMNO TERENGGANU
Tarikh : 18 November 2016
Pemuda AMANAH Negeri Terengganu hari ini menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan Ketua Biro Media Sosial Dan Pidato Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Fauzi Mat Adam yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 17 November 2016.
Di dalam kenyataan beliau, saudara Mohd Fauzi menyatakan bahawa golongan belia di negeri Terengganu tidak akan memberi sokongan terhadap perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan akan berlangsung pada 19 November bertempat di ibu Negara. Beliau juga menyatakan bahawa gerakan BERSIH 5 tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam sIstem demokrasi Negara.
Kenyataan saudara Mohd Fauzi jelas telah merendahkan golongan belia di negeri ini dan juga menafikan tahap kesedaran golongan belia khususnya di negeri Terengganu yang mahu melihat perubahan berlaku di dalam sistem pemerintahan negara di mana berlaku terlalu banyak kerosakan berlaku di bawah pemerintahan UMNO BN. Pemuda AMANAH Terengganu juga berasa kesal dengan kenyataan ini lebih-lebih lagi ia dikeluarkan oleh pemimpin muda yang dilihat sebagai pelapis kepada pimpinan Negara yang ada sekarang.
Golongan belia khususnya di negeri Terenganu sebenarnya sudah jemu dan muak dengan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional di Negeri Terengganu. Kegagalan kerajaan Negeri Teregganu dalam membela nasib golongan belia terutama dari segi peluang pekerjaan dan juga bebanan kos sara hidup yang tinggi di negeri ini amat dikesali oleh golongan belia di Terengganu.
Justeru itu, pemuda Amanah Negeri Terengganu menyeru setiap lapisan masyarakat terutama golongan belia di negeri ini supaya sama-sama menyokong gerakan BERSIH 5 bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil bagi memulihkan sistem pemerintahan di dalam negara ini dari terus dirosakkan oleh kerajaan UMNO BN.
Pemuda Amanah juga menyeru supaya golongan belia di negeri ini agar peka dan turut serta dalam menyumbang kepada gerakan untuk mengubah sistem pemerintahan ke arah negara yang mempunyai tadbir urus yang baik dan dapat memberi rahmah kepada setiap warganegara di Malaysia dan di Terengganu khususnya.
"Harapan Baru"
Ahmad Nadhir bin Yob
Pengarah Biro Pendidikan Politik
Pemuda AMANAH Terengganu
Pengarah Biro Pendidikan Politik
Pemuda AMANAH Terengganu
Monday, 14 November 2016
PEMUDA AMANAH TERENGGANU TUBUH JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Pemuda AMANAH Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat penubuhannya pada 12 November 2016 baru baru ini dan telah menubuhkan sayap Pemuda untuk Parti AMANAH Negara Negeri Terengganu.
Mesyuarat penubuhan tersebut telah dirasmikan oleh Mohd Shazni Munir bin Mohd Ithnin, Naib Ketua Pemuda (Politik), Pemuda AMANAH Nasional.
Jawatankuasa Pemuda AMANAH Negeri Terengganu untuk sesi 2016 - 2018 adalah seperti berikut :
Ketua Pemuda : Mohd Hasbie bin Muda
Timbalan Ketua Pemuda : Furqan Amin bin Ali

Naib Ketua Pemuda 1 : Shateer bin Azhar
Naib Ketua Pemuda 2 : Mohd Zakiman bin Halim
Naib Ketua Pemuda 3 / Pengarah Pilihanraya : Khairul Ariffin bin Che Ali

Setiausaha : Mohd Sufian bin Mat Ali
Penolong Setiausaha : Wan Ahmad Suffian bin Wan Hassan

Bendahari : Fariz bin Ibrahim
Pengarah Komunikasi : Muammar Qaddafi bin Mohd Nasir
Pengarah Pembangunan & Kepimpinan : Mohd Firdaus bin Mohd Nor

Ahli Jawatankuasa ;
1. Ahmad Nadhir bin Yob
2. Wan Mohd Serry Akhry bin Wan Zaki
3. Ahmad Bukhari bin Ayob
4. Muhammad Izzat bin Ismail
5. Syariful Bahri bin Ismail
6. Muhammad Khalid bin Saleh
7. Muhammad Ihsan bin Mohamad Sahide
1. Ahmad Nadhir bin Yob
2. Wan Mohd Serry Akhry bin Wan Zaki
3. Ahmad Bukhari bin Ayob
4. Muhammad Izzat bin Ismail
5. Syariful Bahri bin Ismail
6. Muhammad Khalid bin Saleh
7. Muhammad Ihsan bin Mohamad Sahide
Dengan visi untuk menjadi parti Islam utama di Malaysia sehingga wujudnya Malaysia yang adil, beramanah dan rahmah untuk semua, Pemuda AMANAH Terengganu akan terus komited menawarkan kepimpinan muda yang amanah, progresif dan peduli bagi mensejahterakan seluruh rakyat dan memakmurkan negeri Terengganu khasnya bersendikan tuntutan maqasid syariah.
Amanah Progresif Peduli
"Harapan Baru"
Mohd Sufian Mat Ali
Setiausaha
Pemuda AMANAH Terengganu
mohdsufian@amanah.org.my
Setiausaha
Pemuda AMANAH Terengganu
mohdsufian@amanah.org.my
Subscribe to:
Posts (Atom)